[:ms]Background picture[:]
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Aku Fikir….

1. ‘Wakaf Dosa, Media Sosial sebagai tempat untuk MENGHUKUM seseorang? ’

Aku pernah dikecam sebelum ini. Aku pernah ‘dihuku犀利士
m’ gara-gara berita viral yang tidak pasti. Netizen melempiaskan amarah mereka mengenai isu pasaraya aku sendiri dan isu politik. Aku musykil, kenapa rakyat Malaysia mudah untuk terima apa sahaja yang keluar di ‘internet’. Pada aku, biarkan sahaja fitnah itu kerana bukan aku yang buat perkara itu. Untungnya aku mendapat banyak pahala daripada fitnah itu. Aku tak pernah menyalahkan mereka, namun yang aku terkilan, anak-anak dan isteri aku juga menjadi mangsa untuk mereka melempiaskan amarah.

Sekarang ni adalah akhir zaman iaitu zaman ‘fitnah’ berdasarkan hadis Nabi Rasulullah. Penggunaan media sosial mainkan peranan yang besar dalam negara yang membangun seperti Malaysia. Berbanding negara yang telah bertamadun, mereka menggunakan media sosial untuk bekerja dan berhubung. 26 juta orang masyarakat Malaysia menggunakan media sosial dalam rutin harian mereka. Apa sahaja isu yang ada di media sosial berhak dikomen. Tapi aku lihat, lebih banyak yang mengkritik dan mengecam menggunakan bahasa-bahasa yang menyakitkan hati, langsung tidak mencerminkan budaya dan tahap pemikiran seseorang itu.

Aku ibaratkan ‘media sosial’ ini seperti sembang di kedai kopi. Tanpa mengira latar belakang dan tahap pendidikan, semua ingin memberi pendapat. Ia akan menjadi ‘busuk’ kerana tiada tapisan. Semua orang boleh menulis dan menggunakan sebarang perkataan. Kasar dan memedihkan! Ini menjadi satu masalah yang besar. Kata Nabi, pada zaman fitnah, ramai yang akan muflis di akhirat. Tindakan mengecam ini walau bukan fitnah tetapi mengaibkan.

Dosa yang lebih besar daripada membunuh adalah fitnah, dan mengecam itu salah satu daripadanya. Apabila sesorang itu mati, dosanya berterusan dan ini di panggil wakaf dosa kerana tindakan mengecam, mengaibkan dan fitnah orang. Walaupun kita tidak kenal orang itu, tetapi kita turut sama dalam mengecam dan memfitnah. Apabila ‘fitnah’ itu terus mendapat perkongsian, viral dan viral. Cuba kita bayangkan, bagaimana untuk kita memadam ‘dosa’ yang berterusan di media sosial itu? Ianya akan menjadi wakaf dosa sehingga hari kiamat. Barulah ianya terpadam. Sama- sama kita fikir.

Share this post with your friends

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin