[:ms]7 Depression[:]
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Aku Fikir….

‘Isu Depresi adalah masalah negara!! Setiap orang bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan orang lain.’

Pada aku, semakin hari kita semakin terdedah dengan kehidupan yg tidak normal. Tekanan kerja, faktor kewangan (ekonomi), peristiwa trauma masa silam merupakan antara faktor penyumbang masalah depresi dalam diri. Tak usah pergi jauh, kita ambil contoh negara kita sendiri. Berapa ramai antara kita yang terdedah dengan stress dan tekanan di waktu kerja? Duit bukan segala-segalanya dalam kehidupan kita. Kita terlalu犀利士
fokus dengan dunia dan kebendaan sehingga kita mengabaikan kesihatan mental kita tanpa sedar. Termasuklah aku.

Tipulah kalau aku kata aku tak pernah stress, boleh katakan aku bekerja 12 jam dalam sehari, meeting sana sini, perlu menguruskan beberapa perniagaan yg tidak tentu naik turunnya, karenah pekerja, masalah dalam keluarga dan banyak lagi, kerana aku juga manusia biasa. Tapi, aku cuba menyelesaikannya satu persatu, mengelak bukan caranya. Tiada jalan pintas untuk berjaya. Dari kita kecil, remaja, dewasa sehinggalah menginjak tua, masalah sentiasa akan ada untuk menguji tahap kepercayaan kita terhadap tuhan. Ia bertujuan untuk menguji jiwa kita. Kalau kita alpa untuk menanganinya atau cuba untuk mengelak, kita akan gagal.

Kadang-kadang, kita fikir masalah kecil tu boleh dipendam. Lama kelamaan, masalah kecil tu lah yg menjadi masalah besar kerana apa? Kerana kita pendam, pendam dan pendam. Dan ia menjadi beban buat kita. Kerana itu, kita bertanggungjawab terhadap diri sendiri, kawan-kawan kita, ahli keluarga, setiap orang bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan org lain. Luahkanlah masalah kepada orang yang kita percaya.

Aku fikir, apa-apa pun kita perlu berbalik kepada agama. Untuk yang beragama Islam, biarlah kita mengharapkan kebergantungan terhadap Allah kerana hanya Dia yang memberikan ujian dan dugaan kepada kita mengikut kemampuan kita, dan hanya Dia yg menyelesaikannya. Kita hanyalah hambaNya yang mampu berusaha . Solat, sabar, solat, sabar. Dan Jangan malu menangis padaNya.

Share this post with your friends

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin