ASSALAMUALAIKUM WBT.
Rasa teruja apabila nak menulis semula setelah sekian lama aku berhenti menulis. Bagi yang pertama kali mengunjung blog ini, Selama犀利士
t Datang !! Seperti yang aku katakan dalam entry sebelum ini, masa aku banyak dihabiskan dengan aktiviti perladangan. Tapi sibuk macam mana sekalipun, aku tetap akan ‘curi masa’ untuk menulis. InshaAllah.
Semalam aku baru balik dari ladang dan memang dah menjadi rutin dua kali seminggu aku akan pergi melawat ladang di Lanchang, Pahang. Alhamdulillah, minggu demi minggu aku melihat ada ‘progress’ baik pada aktiviti tanaman durian belanda dan nangka, begitu juga dengan aktiviti ternakan. Thanks to pekerja-pekerja ladang kami yang sentiasa berdedikasi !!
Aku masih ingat, aku mula minat dalam aktiviti pertanian ketika aku membantu ibu aku berkebun di belakang rumah. Ketika itu, kebun di belakang rumah adalah salah satu sumber rezeki kami sekeluarga. Aku juga sempat berangan bahawa suatu hari nanti, aku akan mempunyai ladang aku sendiri. Siapa sangka, kini aku berjaya mengusahakan ladang sendiri. Alhamdulillah, Allah telah makbulkan doa aku. Tidak lupa, berkat dari doa ibuku dan orang sekeliling juga.
Dari sumber ladang ini jugalah, aku berhasil untuk mengeluarkan produk aku sendiri yang berasaskan durian belanda berjenama ADRAA. Korang boleh check di website ini juga untuk mengetahui lebih lanjut tentang ADRAA. Aku mula mengusahakan ladang ini sejak tahun 2008. Ladang ini berkeluasan 175 ekar bertujuan untuk pertanian dan perladangan. Hasil tanaman adalah Nangka Madu, Durian Belanda, Mangga & ternakan kambing, lembu & kuda. Sekarang ni juga, aku sedang berjinak-jinak dengan aktiviti perikanan dan projek air mineral. Aku ni memang jenis yang tak boleh duduk diam, ada je benda yang aku nak buat. Sedikit demi sedikit, aku cuba melakukan ‘sesuatu’ pada ladang tersebut supaya ia memberi hasil kepada warga sejagat.
Kini, angan-angan aku semakin besar. Aku mempunyai impian untuk menjadikan ladang ini sebagai salah satu pusat agropelancongan. Benda menarik dalam ladang ini iaitu ‘chalet’ yang sedang aku usahakan. Ada 6 biji chalet dalam pembinaan. InshaAllah, dalam hujung tahun ni akan siap. Chalet ini bertujuan bagi pengunjung-pengunjung ladang yang ingin merasa nikmat bermalam di situ dengan pelbagai aktiviti yang aku sedang rancang tidak lama lagi.
Harapan aku, semoga segala kerja keras dan titik peluh yang kami curahkan dalam ladang ini membawa maslahat kepada masyarakat. Beranganlah, supaya angan-angan kamu semua menjadi kenyataan. Suatu hari nanti, apabila ladang ini berhasil menjadi sebuah pusat agropelancongan, aku mengalu-alukan korang berkunjung ke situ! Kita boleh santai lepak sama-sama. Doakan segalanya berjalan lancar. InshaAllah.
Sampai jumpa lagi pada entri seterusnya.[:en]ASSALAMUALAIKUM WBT.
Rasa teruja apabila nak menulis semula setelah sekian lama aku berhenti menulis. Bagi yang pertama kali mengunjung blog ini, Selamat Datang !! Seperti yang aku katakan dalam entry sebelum ini, masa aku banyak dihabiskan dengan aktiviti perladangan. Tapi sibuk macam mana sekalipun, aku tetap akan ‘curi masa’ untuk menulis. InshaAllah.
Semalam aku baru balik dari ladang dan memang dah menjadi rutin dua kali seminggu aku akan pergi melawat ladang di Lanchang, Pahang. Alhamdulillah, minggu demi minggu aku melihat ada ‘progress’ baik pada aktiviti tanaman durian belanda dan nangka, begitu juga dengan aktiviti ternakan. Thanks to pekerja-pekerja ladang kami yang sentiasa berdedikasi !!
Aku masih ingat, aku mula minat dalam aktiviti pertanian ketika aku membantu ibu aku berkebun di belakang rumah. Ketika itu, kebun di belakang rumah adalah salah satu sumber rezeki kami sekeluarga. Aku juga sempat berangan bahawa suatu hari nanti, aku akan mempunyai ladang aku sendiri. Siapa sangka, kini aku berjaya mengusahakan ladang sendiri. Alhamdulillah, Allah telah makbulkan doa aku. Tidak lupa, berkat dari doa ibuku dan orang sekeliling juga.
Dari sumber ladang ini jugalah, aku berhasil untuk mengeluarkan produk aku sendiri yang berasaskan durian belanda berjenama ADRAA. Korang boleh check di website ini juga untuk mengetahui lebih lanjut tentang ADRAA. Aku mula mengusahakan ladang ini sejak tahun 2008. Ladang ini berkeluasan 175 ekar bertujuan untuk pertanian dan perladangan. Hasil tanaman adalah Nangka Madu, Durian Belanda, Mangga & ternakan kambing, lembu & kuda. Sekarang ni juga, aku sedang berjinak-jinak dengan aktiviti perikanan dan projek air mineral. Aku ni memang jenis yang tak boleh duduk diam, ada je benda yang aku nak buat. Sedikit demi sedikit, aku cuba melakukan ‘sesuatu’ pada ladang tersebut supaya ia memberi hasil kepada warga sejagat.
Kini, angan-angan aku semakin besar. Aku mempunyai impian untuk menjadikan ladang ini sebagai salah satu pusat agropelancongan. Benda menarik dalam ladang ini iaitu ‘chalet’ yang sedang aku usahakan. Ada 6 biji chalet dalam pembinaan. InshaAllah, dalam hujung tahun ni akan siap. Chalet ini bertujuan bagi pengunjung-pengunjung ladang yang ingin merasa nikmat bermalam di situ dengan pelbagai aktiviti yang aku sedang rancang tidak lama lagi.
Harapan aku, semoga segala kerja keras dan titik peluh yang kami curahkan dalam ladang ini membawa maslahat kepada masyarakat. Beranganlah, supaya angan-angan kamu semua menjadi kenyataan. Suatu hari nanti, apabila ladang ini berhasil menjadi sebuah pusat agropelancongan, aku mengalu-alukan korang berkunjung ke situ! Kita boleh santai lepak sama-sama. Doakan segalanya berjalan lancar. InshaAllah.
Sampai jumpa lagi pada entri seterusnya.