Pelajar Harus Bina Kemahiran Diri

[:ms]rosyamnor2011[:]
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

ASSALAMUALAIKUM WBT.

Kasihan kepada anak-anak kita. Mereka yang baru nak merasai diuji mental dengan apa yang dipelajari dan persediaan yang dibuat, tak kiralah sama ada mereka berjaya atau tidak, tetapi inilah kali pertama merasai memasuki dewan peperiksaan yang besar. Setelah hampir enam tahun mengharungi pembelajaran di peringkat sekolah rendah dan tahun depan akan bertukar segalanya dalam pembelajaran. Pakaian seragam, buku, sekolah, lencana, beg, gaya rambut, guru dan segalanya kerana inilah peralihan zaman dari kanak-kanak beralih kepada zaman permulaan remaja iaitu zaman sekolah menengah.

Bila bercerita tentang sekolah menengah, aku masih ingat dulu ada mata pelajaran Seni Perusahaan, Sains Rumah Tangga (SRT) yang mana mata pelajaran ini melatih skil dan mengenal pasti kebolehan seseorang murid bukan menjurus kearah akademik tetapi lebih kepada kemahiran atau kokurikulum.

Begitu juga dengan sekolah vokasional, ramai pelajar kurang berminat untuk menyertainya, kononnya tidak ada standard dan apabila sijilnya seperti tidak diiktiraf, maka lama kelamaan sekolah vokasional juga diberhentikan. Ini satu kerugian yang begitu besar. Aku fikir, inilah tempatnya untuk melatih kelebihan skil yang ada pada diri seseorang pelajar itu. Jadi pelajar yang mempunyai skil dan tidak bijak 犀利士
dalam akademik ini terbiar begitu sahaja.

Kepada semua remaja, aku nasihatkan jangan risau kalau kita tidak pandai dalam akademik. Percayalah hari ini sudah terlalu ramai manusia yang bijak dalam akademik tetapi amat kurang yang bijak skil. Gunakanlah kesempatan ini dan tingkatkan skil yang anda ada dengan menyertai tempat yang membuka peluang untuk anda mengembangkan kebolehan dan kelebihan dimiliki. Percayalah dengan skil yang dimiliki, ia boleh mendatangkan pendapatan lumayan. Inilah kelebihan orang yang tidak bijak dalam akademik, mereka ini digelar street smart dan aku dah jumpa ramai orang seperti ini.

Buka minda, buka pemikiran, kerana kita kena fikir apa yang tak pernah kita fikirkan. Kena fikir apa yang orang lain telah fikirkan lebih dulu daripada kita. Jangan kita ketinggalan  dalam berfikir kerana berfikir akan membuat kita menjadi manusia yang berfikiran jauh.

Aku dah berfikir, korang fikir-fikir yang mana baik untuk difikirkan. Selamat berfikir.

Share this post with your friends

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin