ASSALAMUALAIKUM WBT.
Minggu ni aku nak cerita pasal ‘terima kasih’. Berapa ramai berterima kasih dengan apa kita ada sekarang? Aku selalu dengar orang merungut, itu tak kena, ini tak kena. Semua jadi salah, semua tak cukup, semua orang salah, dia saja yang betul. Bukan semua, tapi ramailah. Kita cuma nampak orang lain dah senang dan berjaya. Susah payah mereka lalui kita ‘tak nak’ fikir, tak mahu selami, tak mahu membaca perjalanan kepayahan mereka lalui sampai boleh berjaya, yang mereka kongsi bersama melalui buku ditulis mengenai titian kejayaan mereka.
Kita belajar berterima kasih dengan apa yang ada di sekeliling kita. Buka mata bagaimana nak gunakan kesempatan yang ada. Apa yang perlu, kita mesti berubah dengan apa yang kita ada sekarang. Merubah taraf kehidupan yang orang tua kita peroleh, supaya generasi kita selepas ini lebih maju berbanding kita. Aku ingat lagi, aku pernah mandi dan minum air perigi dikawasan setinggan di Kampung Kerinchi, dan banyak lagi pengalaman aku rasa tak perlu cerita sebab ramai ada pengalaman macam aku. Bersyukurlah kepada Allah yang memberikan banyak kelebihan buat Tanah Melayu dan bangsa Melayu. Ayuh, kita kuatkan ekonomi melayu, tidak kira apa bidang kita ceburi, kena bekerja kuat seperti semangat bangsa pendatang. Anggaplah mereka saingan kita, perlu ada rasa cemburu, bukan iri hati terhadap mereka.
Takkan bangsa aku juga nak rosak, hila犀利士
ng kuasa dan hilang segalanya macam bangsa Red Indian suatu hari nanti. Aku tak sanggup lihat, anak, cucu, cicit, piut aku hilang apa yang kita miliki sekarang. Wahai bangsaku, berterima kasih, bersyukur dan bersatulah demi masa depan agama, bangsa dan negara. Jangan sudah terhantuk baru nak terngadah! Cukuplah hampir 500 tahun dulu, nenek moyang kita pernah dijajah bangsa asing.
Jangan marah dengan tulisan aku ni, tapi inilah yang aku fikir. Tak semestinya betul apa yang aku fikir ni. Korang fikir dan nilailah.