Penyelidikan & Pembangunan Produk

Rosyam.com telah bekerjasama dengan beberapa agensi tempatan untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan produk berasaskan durian belanda.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) ialah salah sebuah institusi yang terkemuka dalam penyelidikan perhutanan tropika di dunia. Ditubuhkan pada tahun 1929, FRIM yang dahulunya dikenali sebagai Institut Penyelidikan Perhutanan (IPP) menjadi sebuah badan berkanun sepenuhnya dengan ditadbir oleh Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia (MFRDB) di bawah Kementerian Perusahaan Utama pada 1985.

Bagi memastikan produk kami memenuhi keperluan pasaran dan juga untuk menjamin keberkesanan produk, kami telah mendapatkan khidmat FRIM untuk menjalankan beberapa jenis ujian seperti:

  • Ujian saringan bahan kimia
  • Ujian antioksidan
  • Ujian mikrob
  • Ujian cytotoxicity
  • Ujian anti-kanser
  • Liquid chromatography–mass spectrometry (LC-MS)

TPM Biotech Sdn. Bhd. (TPMB)

TPM Biotech Sdn Bhd (TPMB) ditubuhkan pada tahun 2004 sebagai anak syarikat milik penuh TPM. Terdapat dua bahagian di dalam TPMB: Biotechology Development Centre dan Herbal Biotech Centre.

Biotechnology Development Centre yang terletak di Bukit Jalil, Kuala Lumpur adalah pusat fokal untuk kesemua servis bioteknologi. Ia juga adalah pusat pemasaran dan jualan.

Herbal Biotech Centre (HBC) yang terletak di Kg. Ulu Sungai, Batu Talam, di dalam daerah Raub, Pahang adalah pusat pemprosesan dimana kesemua produk herba separa-siap dan siap dikeluarkan.

Lokasi : Pusat Biotek Herba, Technology Park Malaysia Park Corporation Sdn. Bhd., Kampung Ulu Sungai, Batu Talam, 27610 Raub, Pahang.


Sijil Pengiktirafan & Ujian Klinikal

Produk kami iaitu Teh Herba Daun Durian Belanda Adraa 2.0g telah mendapat pengiktirafan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).